Monday, September 7, 2015

Kelmarin, Semao jumpa anak tupai. Kesian tupai tu... jatuh dari sarang dia agaknya. Sejuk dan tak ada mummy. Semao pun bawa dia balik rumah dan letak dia depan pintu bilik mummy & daddy Semao. Tapi Semao terpaksa jaga dia dulu sebab kalau tinggal je kat situ, mesti selepas tu kena buat main dengan Abang Tyson atau Abang Kathmandu. Kalau mereka yang jumpa anak tupai tu, melambung sampai ke siling la... Nasib baik tak lama selepas tu mummy nampak. Menjerit-jerit mummy panggil daddy. Daddy tengok je baby tu, terus dia kata, "Bajeng!" Mummy pun ambil sangkar Pepa yang kecil (sebab Pepa ada banyak sangkar) dan letakkan bajeng kat situ. Semao rasa suka sangat, dapat tolong anak bajeng. Dulu Semao pun tak ada rumah juga. Mummy dan daddy yang bawa balik Semao dari kedai roti canai. Sekarang bajeng pun dah ada mummy dan daddy. Daddy panggil dia Artupai (sebab daddy Semao ni mat moto) tapi mummy panggil dia Arthur (sebab mummy ni omputeh sikit... dia suka cerita King Arthur!).

Wednesday, June 24, 2015

Salam semua! nama saya Socks. Saya kucing... baka Snowshoe. Kenapa saya dinamakan snowshoe? Sebab saya memakai stokin warna putih... seputih salji.
Saya tinggal di Terengganu, bersama daddy dan mummy saya, serta anak-anak saya Kathmandu, Andrea (Yaya) dan Tyson, dan juga Blue iaitu seekor kucing Korat dan isterinya Belle, dan dua ekor anak kucing yang mummy kutip kat mana entah - Semao & Pinarro. Oh ya, lupa pula... ada juga seekor arnab yang bernama Rabbit dan seekor ferret, namanya Pepa Ibrahim-Gonzalez. Mak Pepa dah pindah ke negara Chile, tapi dia tak dapat bawa Pepa bersama. Mula-mula tu susah juga nak cakap dengan budak Pepa tu sebab dia pandai cakap Sepanyol je. Selepas beberapa bulan, dah boleh dah cakap Bahasa Malaysia sikit-sikit. Tapi nakal si Pepa tu... suka sangat kejar Kathmandu. Yang kelakarnya Kathmandu lari bila dikejar, padahal Pepa tu sama besar ekor Kathmandu je!
Tyson tak kisah kat orang sangat, cuma bila perut dia lapar baru dia balik dan bising huek huek kat mummy... nak makan nak makan! Kalau tidak, dia dok sibut memburu dan nyorok bawah pokok je. kadang-kadang dia bully Semao dan Pinarro.
Si Yaya pula ingat nak makan je... ni gambar dia dok jeling ikan mummy, padahal baru je lepas makan wet food! Kat bawah ni gambar Semao dan Pepa. Gambar Pinarro belum ada... mummy kata dia tak sempat nak tangkap sebab kami dah ramai sangat!
Ok geng, Socks gi dulu. Nanti esok Socks upload lagi gambar. Nak kena tangkap Rabbit dulu, sebelum boleh tangkap gambar dia. Get it? Haha!