Monday, September 7, 2015
Kelmarin, Semao jumpa anak tupai. Kesian tupai tu... jatuh dari sarang dia agaknya. Sejuk dan tak ada mummy. Semao pun bawa dia balik rumah dan letak dia depan pintu bilik mummy & daddy Semao. Tapi Semao terpaksa jaga dia dulu sebab kalau tinggal je kat situ, mesti selepas tu kena buat main dengan Abang Tyson atau Abang Kathmandu. Kalau mereka yang jumpa anak tupai tu, melambung sampai ke siling la...
Nasib baik tak lama selepas tu mummy nampak. Menjerit-jerit mummy panggil daddy. Daddy tengok je baby tu, terus dia kata, "Bajeng!"
Mummy pun ambil sangkar Pepa yang kecil (sebab Pepa ada banyak sangkar) dan letakkan bajeng kat situ.
Semao rasa suka sangat, dapat tolong anak bajeng. Dulu Semao pun tak ada rumah juga. Mummy dan daddy yang bawa balik Semao dari kedai roti canai. Sekarang bajeng pun dah ada mummy dan daddy.
Daddy panggil dia Artupai (sebab daddy Semao ni mat moto) tapi mummy panggil dia Arthur (sebab mummy ni omputeh sikit... dia suka cerita King Arthur!).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment